BAGI YG ISLAM. TAK DIBACA SAYANG
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab.
Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha
Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya
sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil alaihis salam dihidupkan,
seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup
semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata
tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut
"Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah
manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu karena pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah
mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang
kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu,
ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Seluruh
makhluk terkejut melihat ukuran malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat
nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukit hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka merasakan kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka
menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam bernama Al-Kautsar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh
orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini
lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih
sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan, dari
Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat
kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat
hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang bertemu
kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh
wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada
Allah".
6. Lelaki yg bersedekah
dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka
bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar
suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi
mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi
Adam tetapi usaha mereka gagal karena Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada
melakukan kesalahan dengan Allah Subhanahu Wa Taala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa
a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka
berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ke
hadrat Allah Subhanahu Wa Taala. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk karena mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Allah yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat
besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara
yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang senantiasa dipikul oleh 4 malaikat
yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai
seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun
yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi yaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul
oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama
cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak
dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala karena takut. Lalu dimulailah
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan
hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2
daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang
dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan
di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehingga
seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat :
1. Meringankan penderitaan
makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke
dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia
yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada izinan Allah Subhanahu Wa
Taala.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Allah untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah
70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berhasil dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratal Mustaqim ialah jembatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jembatan ini adalah seperti sehelai rambut
yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada
makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang
korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api
neraka senantiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri siratal mustaqim mengawasi
setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti siratal mustaqim, hanya seorang saja yang brrhasil melaluinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda. Kita
boleh baca novel sampai beribu ribu muka surat x kan xbleh baca 5 menit pnya masa
untuk ini.
- Kemunculan Imam
Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa
(AS)
- Kemunculan Yakjuj
dan Makjuj
- Terbitnya matahari
dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan
akan ditutup
- Dab'bat al-Ard
akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40
Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami
tanda tanda kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan
kerusakan
-
Pemusnahan/runtuhnya Kabaah
- Tulisan dalam
Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan
ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya
akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk
hidup bangkit kembali
Nabi MUHAMMAD
Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda : "Barang siapa
yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku
buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim
ribuan BBM mesra, promote, FB yang
terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti
berpikir 2x.
Allah berfirman :
"jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka
Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
Kerugian meninggalkan
sholat :
Subuh : Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur : Berkat pendapatan akan hilang.
Asar : Kesehatan mulai terganggu.
Maghrib : Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya' : Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah
tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan
TAHAJUD
2). Aku adalah
tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
3). Aku adalah
tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca ..
AL-QUR'AN.
4). Aku adalah
tempatnya binatang2 yang menjijikan
maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg
menjepitmu hingga hancur bilamana tidak
Solat, bebaskan jepitan itu dengan SHOLAT
6). Aku adalah
tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah
tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan
Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama
Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu
membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.
Saat kamu
membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu
membacanya, ia gelisah.
Saat kamu
memahaminya, ia kejang2.
Saat kamu
mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.Kontributor : trisnabian (Diambil dari WA Group PPDP Kelurahan Bandungrejosari)
0 komentar:
Posting Komentar